Siti Liyana (dalam gambar) dikehendaki SPRM untuk membantu siasatan kes berkaitan penggubahan wang haram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mencari Siti Liyana Sakijan bagi membantu siasatan kes berkaitan pengubahan wang haram.

Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM sedang mempergiatkan usaha untuk mengesan wanita berusia 31 tahun itu.

Individu itu beralamat terakhir di No 51, Jalan Hajah Jamrah, Kampung Sri Desa, Ayer Hitam, Johor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Jayaraj Rajan di talian 016-6371082 atau e-mel kepada [email protected] – MalaysiaGazette