Gambar hiasan

JEDDAH – Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat, 21 April, selepas anak bulan kelihatan pada hari Khamis.

Menurut jawatankuasa pemerhati di balai cerap Tumair, dengan itu Ramadan di Arab Saudi hanya 29 hari pada tahun ini.

Mahkamah Diraja yang mengeluarkan kenyataan mengumumkan bahawa Jabatan Bulan Sabit Mahkamah Agung memutuskan hari Jumaat, 01 Syawal 1444 Hijriah bersamaan 21 April 2023, adalah hari pertama Aidilfitri.

“Pada kesempatan Hari Raya Aidilfitri ini, Mahkamah Agung mengucapkan tahniah kepada Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman, Putera Mahkota, semua rakyat, penduduk, dan umat Islam, memohon kepada Allah SWT agar menerima puasa umat Islam, solat malam dan semua perbuatan baik, dan semua usaha yang dilakukan untuk memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran kerajaan,” katanya. – Agensi