Stephen Duivesteyn (kanan) bercakap pada sidang media. foto Canada Press

OTTAWA – Polis sedang menyiasat rompakan emas di Lapangan Terbang Antarabangsa di Toronto lokasi yang sering digunakan untuk menghantar emas yang dilombong di wilayah Ontario.

Ia susulan lebih daripada AS$20 juta dan barang berharga lain telah dicuri pada 17 April lalu.

Kontena pesawat “bernilai tinggi” itu tiba di lapangan terbang pada waktu petang dan ia diangkut ke kemudahan kargo.

Polis percaya di situlah kejadian rompakan berlaku.

Kecurian itu adalah salah satu rompakan besar dalam sejarah Kanada, termasuk 2011 dan 2012 Great Canadian Maple Syrup Heist, apabila 3,000 tan sirap bernilai AS$18.7 juta telah dicuri dari kemudahan penyimpanan di Quebec.

Inspektor Polis Wilayah Peel, Stephen Duivesteyn berkata, pasukan mereka sedang melakukan siasatan menyeluruh dan menyifatkan insiden hari tersebut sebagai “terpencil” dan “jarang berlaku”.

Beliau berkata, kargo pesawat itu berukuran kira-kira 5 kaki persegi (.46 meter persegi), tetapi enggan menyatakan berapa beratnya.

Pada Khamis lalu, The Toronto Sun melaporkan bahawa polis mengesyaki kumpulan jenayah terancang terlibat dalam insiden ini.

Namun masih terlalu awal untuk mendedahkannya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast