Antara pengguna Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang mengekori rapat kenderaan hadapan sehingga terpaksa mengundur akibat tag tersebut gagal dikesan sistem di plaza tol sekitar ibu negara.

KUALA LUMPUR – Walaupun kebanyakan lebuh raya utama negara dilihat semakin lengang, namun aliran trafik di beberapa plaza tol masih kurang lancar.

Perkara itu bukan disebabkan kesesakan lalu lintas namun ia berpunca akibat sikap pemandu yang mengekori rapat kereta di hadapan ketika tiba di palang tol.

Tinjauan MalaysiaGazette di beberapa tol sekitar ibu kota mendapati, pasti akan ada pengguna Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) atau SmartTag terkandas kerana berbuat sedemikian.

Sikap itu boleh ‘merencatkan’ pergerakan trafik di plaza tol berkenaan apabila semua kenderaan yang beratur di lorong itu perlu mengundur.

Ia bagi memberi laluan kepada pemandu tersebut mendapatkan ruang optimum supaya tag RFID atau SmartTag yang digunakan boleh dikesan sistem.

Perkara sama turut diingatkan pengendali lebuh raya apabila terdapat papan tanda di pintu masuk tol agar pemandu mengekalkan penjarakan sekurang-kurangnya lima meter dari kenderaan hadapan supaya ia mudah dikesan sistem.

Sehubungan itu, pengguna diharap dapat menjadi pemandu yang lebih berhemah supaya perjalanan pulang menyambut Aidilfitri ini kekal lancar. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Masa nak implement dulu, semua cakap ok, pastas dan lg bagus dr smartag. Skang ni banyak pula bunyi. Walhal yg di war-warkan dulu pun belum terbukti, mai pulak prob baru.

Comments are closed.