Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi kod QR bank peribadi secara meluas di laman sosial bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan atas talian.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi hantaran di Facebook berkata, trend mempamerkan kod QR bank peribadi dilihat meningkat susulan penerimaan duit raya secara digital.

“Berhati-hati ketika memberikan kod QR akaun bank untuk tujuan menerima duit raya.

“Pendedahan maklumat akaun di media sosial adalah tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan disalah guna oleh scammer melalui pancingan data untuk tujuan penyamaran dan penipuan kewangan,” demikian menurut hantaran di laman sosial itu.

Baru-baru ini, pengguna media sosial dilihat semakin rancak mempamerkan kod QR bank peribadi masing-masing untuk meminta dan menerima duit raya daripada orang awam.

Tindakan tersebut bertujuan bagi menerima duit raya secara rawak daripada pengguna media sosial yang lain sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast