SPRM ventilator
Muhamad Akmal Salleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, membidas tindakan pemimpin Pas yang menyindir usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengadakan sambutan rumah terbuka Aidilfitri di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

Sedangkan, menurut beliau, pemimpin Pas perlu berfikiran positif kerana apa yang dilakukan kerajaan itu memberi manfaat kepada semua rakyat.

“Islam mengajar kita untuk bersangka baik. Tetapi, kalau hati dan pemikiran dah disetkan untuk jadi negatif, maka apa yang orang lain buat semua tak kena, yang bagus diri sendiri sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau dipercayai memberikan respons  terhadap kenyataan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang membangkitkan penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri di negeri-negeri ditadbir Pas iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah selain tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Kesemua negeri-negeri berkenaan terbabit dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Dr Muhamad Akmal berkata, tindakan Kerajaan Pusat mengadakan jamuan raya di negeri pimpinan Pas adalah sesuatu yang bagus kerana manfaatnya bukan sahaja kepada pemimpin pas sebaliknya, semua rakyat di dalam negeri berkenaan.

“Kalau tidak dibuat, dikatakan Kerajaan Pusat buat negeri ni macam anak tiri walaupun peruntukan Pusat kepada negeri ni antara yang terbanyak berbanding negeri lain.

“Jamuan raya ni macam sedekah juga lah, macam yang tuan guru bagitau, sedekah tak apa bukan rasuah,” sindirnya.

Beliau turut memuat naik hantaran Ahmad Fadhli di Facebook yang turut menyertakan keratan laporan berita sebuah laman portal berhubung penganjuran rumah terbuka tersebut. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Aku di RusilaTerengganu sekarang jalan utama Bandar Marang. rakyat kata ANWAR buat je jamuan hari-hari pun boleh.
    PRN nanti dorang kata itu biasa dan faham-faham lah…..

Comments are closed.