KUALA LUMPUR – Akhirnya rakyat yang dapat manfaat daripada isu tambang tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke Tawau dari Super App AirAsia yang disuarakan oleh bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Pemerhati politik, Lim Sian See berkata, meskipun Presiden MCA itu dikritik oleh penyokong tertentu DAP dan Pakatan Harapan (PH) tetapi suara Ka Siong telah menyebabkan MAS dan syarikat penerbangan lain meminta AirAsia mengeluarkan penyenaraian penerbangan mereka dan meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa harga boleh menjadi lebih tinggi pada aplikasi pihak ketiga.
Malah, katanya, rasa ambil berat Ka Siong itu turut menimbulkan kesedaran awam dan perbincangan industri mengenai harga tiket tinggi ke Sabah & Sarawak.
Dan, Kabinet mengarahkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke mencari mekanisme untuk menurunkan harga tiket, katanya.
“Akhirnya, rakyat mendapat manfaat. Syabas WKS (Wee Ka Siong),” ujar beliau.
Artikel berkaitan: Sekarang bukan waktu pandemik tapi tambang ke Tawau RM3,138?
Harga tiket penerbangan RM3,138 ke Tawau bukan kelas ekonomi – Anthony
Ka Siong tunjuk bukti tiket penerbangan kelas ekonomi RM3,138
Airasia SuperApp ejen bertauliah untuk jual tiket penerbangan termasuk Malaysia Airlines
Baru-baru ini, Ka Siong menegur syarikat penerbangan yang didakwa tidak mempunyai alasan untuk mengenakan tambang yang tinggi untuk perjalanan dalam negeri kerana negara tidak lagi berada dalam sekatan pergerakan akibat Covid-19.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau terkejut apabila mengetahui tambang sehala antara Kuala Lumpur dan Tawau berharga RM3,138.
Katanya, harga tambang yang begitu tinggi amat mengejutkan dan mengecewakan orang ramai khususnya pengguna pengangkutan awam terutama menjelang musim Hari Raya Aidilfitri.
“Sekarang, bukan lagi isu sekatan pergerakan akibat Covid-19 atau MRO tapi harga tambang dari Kuala Lumpur ke Tawau bernilai RM3,138 seorang.
“Macam mana keluarga B40 dan M40 khususnya warga Tawau di perantauan nak beraya tahun ni?
“Sekali lagi ditegaskan bahawa pada masa ini bukan waktu berlakunya pandemik Covid-19! Sektor penerbangan beransur pulih, kebanyakan pesawat tidak lagi didaratkan ‘grounded’ seperti waktu pandemik,” kata Presiden MCA itu.
Tambah Ka Siong, syarikat penerbangan tiada alasan untuk tidak menambah frekuensi selagi ada kemampuan.
Bagaimanapun, kenyataan itu diselar oleh Loke yang mendakwa harga yang dinyatakan Ka Siong bukan tambang kelas ekonomi.
“Saya telah menghubungi Group CEO Malaysia Airlines (MAB), Captain Izham dan mengesahkan semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan KL-Tawau pada hari tersebut telah habis dijual dan tiket yang tinggal hanyalah kelas perniagaan.
“Beliau juga mengesahkan harga tiket tersebut bukan untuk kelas ekonomi tetapi ialah kelas perniagaan (BUSINESS CLASS) dan harga tiket tersebut ialah RM2,863.40 dan bukannya RM3,138,” tambah Anthony.
Bagaimanapun, Ka Siong mempertahankan kenyataannya beserta dengan bukti. – MalaysiaGazette
tak tqu nak komen apa…mengenai wee ka siong..tapi penulis artikel ni,mcm memihak pada wee ka siong,masa dia menteri pengangkutan dulu lagi tiket kapal terbang harga mahal apa dia buat,lepas tu bila dia tiada jawatan melalak,sana sinu,sampai bawa telur pergi parlimen ambil harga dengan Apps berlainan memanglah jdi harga tinggi kamu kata syabas..lucu betul zaman sekarang ni…
Bagus USAHA Ka Siong ni walau dikecam pembabibuta DAP PH dan **NODAP mengikut selera mereka. Menteri terlibat pula asyik bermadah. MORAL Ka Siong ujud Harga Tinggi. Pihak ke TIGA atau ke SEPULOH ke bukan itu jawapan yang rakyat mahu.
Rakyat perlu tahu PINTU MANA nak masuk app tu!!!! masalahnya seperti aku hadapi google Google google yang ditunjukkan masuk app istana. Bila arque agent dia kata ini Harga yang ditetapkan.
Bab kempen party Dua Puloh Empat JAM berkalih-kalih kau sembang tapi Bab app SEBENAR ini.. ini lah Kali pertama kau sebut. harkk phuii
Saya amat berasa bangga seorg bekas nenteri pengangkutan walau pun bkn lg seorg menteri kabinet tetap memainkan peranan sebagai seorg yg menggambil berat tentang nasib rakyat. Tak kira bangsa dan agama yg menyambut perayaan..tetap beliau berusaha agar semua lapisan masyarat dpt meraikan perayaan tersebut dengan lebih sempurna dan gembira . Syabas DS Wee. We love you
YB DS Wee Ka Siong….memang cakna dan perihatin…Terbaikkk
harga tiket keretapi warga mas Dan org pencen patut tunjuk kad pengenalan tak perlu pakai aplikasi yg menyusahkan kalau betul nak bagi tiket potongan harga KTM jangan melampau menyusahkan org kampung warga mas Dan orang pencen..
Masa dia jd menteri tak pulak dia nak selesai kan harga2 tiket tu.. Skrg pandai menyalak je.. Elok sgt la ko join parti sakau Abahkau.. Penyokong2 PN ni pun mana ada yg pandai.. Semuanya bahlol2 belaka.. Kahkahkahkah…