Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di utara Semenanjung pagi tadi dilanda hujan dan angin kencang namun, situasi itu dijangka beransur reda menjelang tengahari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, kawasan yang terlibat adalah pesisir Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dikeluarkan awal pagi tadi untuk Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda), Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama dan Manjung).

Agensi kaji cuaca tersebut turut memberitahu, bagi kawasan lain termasuk Sabah dan Sarawak masih tiada hujan dicerap buat masa ini.

Bagaimanapun menurut agensi itu, pihaknya menjangkakan hujan beserta ribut petir berpotensi akan berlaku membabitkan hampir semua negeri Semenanjung menjelang petang.

“Ramalan cuaca berkenaan lebih tertumpu di kawasan pendalaman negeri utara dan pantai timur Semenanjung.

“Hujan turut diramal berlaku membabitkan kawasan pedalaman di Sabah serta bahagian utara dan pedalaman Sarawak,” katanya di Facebook. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast