KUALA LUMPUR – Pelakon, Puteri Sarah Liyana meraikan hari Aidilfitri bersama ibu bapa mentuanya, iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Puteri Sarah yang menggayakan busana hijau dilihat beraya di kediaman Yusof, bersama kedua-dua anaknya iaitu Sumayyah dan Syaikhul Islam.

Beliau menerusi Instagram berkongsikan gambar bersalaman dengan Yusof dan Patimah.

Semalam, Puteri Sarah menerusi satu video meluahkan rasa penat bergaduh dan bertelingkah dengan suaminya, Syamsul Yusof.

Ibu kepada dua cahaya mata itu rela sekiranya Syamsul mahu mengambil semua harta-harta mereka namun hak-anaknya tidak boleh diabaikan.

Pada 18 April, Syamsul enggan melafazkan talak kepada Puteri Sarah.

Syamsul mendakwa beberapa perubahan dibuat oleh Puteri Sarah dalam tuntutan yang dibuatnya. – MalaysiaGazette