KUALA LUMPUR- Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak berpuas hati apabila slot takbir raya Perikatan Nasional yang dijadual disiarkan di sebuah televisyen swasta malam tadi dibatalkan.
Ahli Parlimen Machang itu dalam ciapan di Twitternya berkata, slot selama lima minit itu adalah siaran berbayar.
“Siaran takbir Perikatan Nasional di @tv3malaysia dibatalkan saat terakhir.
“Jam 10.11 baru dimaklumkan melalui emel.
“TV3 batalkan walaupun kami dah bayar untuk siaran. Adalah tu yang mengarahkan,” katanya.
Mengikut jadual rancangan TV3 sebelum ini, terdapat tiga takbir raya sempena Aidilfitri – pada jam 9.20 malam, 10.25 malam dan 11.25 malam.
Terdahulu, Wan Ahmad Fayshal berkongsi di media sosial hantaran video pendek rakaman persiapan slot takbir raya yang dikatakan untuk siaran saluran televisyen itu.- MalaysiaGazette
Ada juga yang takut dengar Takbir!!! Mungkin yang berpengaruh itu BUKAN ISLAM dan kita hormati gayanya itu.
yang nak bertakbir MENGALAHLAH supaya dapat mencari makan untuk hidup di Negara ini.