Gambar hiasan

LOS ANGELES- Subvarian Omicron baharu mula merebak di Amerika Syarikat dan menyumbang hampir 10 peratus kepada jumlah kes mingguan baharu yang dilaporkan di negara itu, demikian menurut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC).

Subvarian XBB.1.16 yang dirujuk sebagai Arcturus telah dimasukkan kepada penjejak varian oleh CDC.

Katanya, peratusan kes baharu dijangka meningkat beberapa minggu akan datang.

Pakar-pakar pula memberi amaran Arcturus mungkin menjadi subvarian koronavirus yang dominan di AS.

Setakat ini, data CDC menunjukkan Omicron XBB.1.5 masih menjadi subvarian dominan di AS dan menyumbang kepada hampir 73.6 peratus daripada kes baharu Covid-19 mingu ini.

Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) masih memantau  XBB.1.16 yang menyumbang lonjakan kes baharu di India.- Agensi