KUALA LUMPUR – Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan sambutan Aidilfitri tahun ini amat suram dan tidak bererti tanpa kehadiran bapa tersayang.

Malah Nooryana Najwa Najib mengaku beliau amat sedih mengenangkan bapanya bersendirian menyambut Syawal di dalam penjara kali ini.

“Setiap tahun hari raya disambut bersama keluarga tercinta. Tahun ini amat berbeza buat kami sekeluarga beraya tanpa ayah di sisi. Yana rindu untuk berkumpul bersama keluarga meraikan hari raya dengan cukup meriah.

“Hari raya kali ini tiada erti buat kami sekeluarga kerana selalunya ayah sentiasa berada di sisi kami.

“Yana amat terkesan apa yang berlaku tehadap ayah sehingga beliau terpaksa beraya keseorangan di penjara,” tulisnya di akaun Instagram.

Beliau turut berkongsikan video kenangan bersama ayahnya sebelum ini.

Beliau turut berharap dapat bertemu dengan ayahnya di Aidilfitri pertama hari ini.

Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta kepada Najib selepas didapati bersalah pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Najib Razak ni bukan mati yang disedihbagai. tak sampai 10kali raya keluar lah tu. kat penjara tu pernah di dokumentasikan masa NAJIB jadi PM…
    1) suasana PENJENAYAH dalam penjara amat meriah menyambut Hariraya.
    2) keluarga PENJENAYAH diluar penjara dibenarkan menziarahi bertemubual.
    3) aliran transit monorel ke penjara Sg Buloh dibina segera untuk mudah keluarga PENJENAYAH berulang-alik.
    so contoh SEBENAR MERIAH KE PENJARA Najib telah maklumkan disana bukanlah seperti tuduhan liar dimainkan pembangkang. Nanti ada masa YANA pergilah kesana…

Comments are closed.