Gambar hiasan

ROMPIN –  Seorang lelaki cedera parah dipercayai ditetak di sebuah kedai makan di Felda Keratong 10, Muadazam Shah sebelum suspek melarikan diri dengan sebuah motosikal yang dicuri daripada penduduk setempat.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, mangsa cedera di bahagian leher, kepala dan tangan.

Menurut sumber, seorang lelaki dalam lingkungan 30-an tiba-tiba muncul di kedai tersebut lalu menetak mangsa dengan menggunakan sebilah parang.

Suspek yang dikejar penduduk Felda melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal meninggalkan kenderaan itu di tepi jalan lalu lalu berlari menuju ke belukar untuk menyembunyikan diri.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Muadzam dengan menaiki ambulan untuk menerima rawatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast