Tular wanita halang sebuah kereta yang sedang bergerak di persimpangan lampu isyarat di Batu 1, di Port Dickson.

KUALA LUMPUR – Polis meminta wanita dengan aksi tularĀ  menghalang sebuah kereta yang sedang bergerak di persimpangan lampu isyarat di Batu 1, di Port Dickson tampil membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya telah mengesan satu video berdurasi 33 saat sekitar jam 9.43 pagi pada Ahad yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @bckupacc99 berhubung kejadian tersebut.

“Perbuatan dan tingkah laku yang dilakukan oleh wanita tersebut boleh membahayakan diri sendiri serta mendatangkan kerisauan terhadap orang awam.

“Setakat ini, pihak polis masih belum menerima apa-apa laporan polis yang dibuat daripada Individu berkenaan berhubung dengan insiden yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak menularkan video berkenaan yang boleh mendatangkan kegusaran awam dan menggugat ketenteraman awam.

“Penyebaran sedemikian adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. viral perempuan guna diri hadang kereta bergerak
    1) Polis tengok video viral
    2) Melalui video ltu Polis kesan dan minta perempuan itu ke balai untuk keterangan
    3) Polis nasihat tidak viralkan kerana KEGUSARAN berlaku
    4) Penyebaran itu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
    KENAPA CARI PEREMPUAN ITU?
    rembat yang buat viral tu supaya sedar hingga keanakcucu. kenakan tindakan maksima. rakyat telah celaru

  2. “Perbuatan dan tingkah laku yang dilakukan oleh wanita tersebut boleh membahayakan diri sendiri serta mendatangkan kerisauan terhadap orang awam”

    baca molek gop. polis nok siasat la bakpe gitu jadi nya.

    mu tu patutnyo kena tangkap polih. promot keganase. suko ati mok mu nok rembat ore. ganah2 gochoh dok gi mana cik abe wei hantabenros. mu laki ko tino? ko geng sajad ni? sek sek celaru. selamat hari rayo. jgn lupo kelik ngundi deh.

Comments are closed.