Suasana di persekitaran pantai pada hujung minggu ketika tinjauan Malaysia Gazette di Teluk Kemang Port Dickson, Negeri Sembilan. Foto AMIRUL SHAUFIQ 17 OKTOBER 2021

SEREMBAN – Bersempena cuti panjang perayaan Aidilfitri ini, orang ramai yang merancang bercuti di pantai Port Dickson bersama keluarga perlu berwaspada dengan situasi ombak besar atau laut bergelora bagi mengelakkan tragedi tidak diingini berlaku.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa berkata, orang ramai boleh menikmati percutian di 11 pantai di daerah itu namun langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi keselamatan diri dan keluarga.

“Secara umumya semua pantai di Port Dickson boleh mandi tetapi jika ombak besar, angin kuat atau laut bergelora tidak digalakkan mandi.

‚ÄúTerdapat beberapa tempat dilengkapkan peralatan kecemasan yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Aktiviti Air. Peralatan itu diletakkan di pantai tumpuan seperti Pantai Teluk Kemang dan Pantai Tanjung Gemok,” katanya kepada Bernama.

Ahad lepas media melaporkan tiga beradik wanita lemas ketika bermandi-manda di Pantai Cahaya, Port Dickson.

Dalam pada itu, Mohd Zamri turut menasihatkan orang awam dan peniaga supaya menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata sehingga merosakkan ekosistem serta pemandangan pantai.

Beliau berkata, kerja pembersihan dilakukan setiap hari di pantai tumpuan seperti Pantai Teluk Kemang, Pantai Batu Empat dan Pantai Bagan Pinang manakala kerja pembersihan beberapa pantai lain dilakukan pada awal pagi setiap hujung minggu. – Bernama