Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Satu gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Selatan Sumatera, Indonesia 4 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa berlaku pada kedudukan 85 kilometer (km)  Barat Laut dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 48 km.

“Gegaran dirasai di bahagian Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” menurut kenyataan MetMalaysia menerusi laman Facebook.

Bagaimanapun, gempa tersebut tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Pihak MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu supaya mengisi borang soal selidik disediakan menerusi pautan https://forms.gle/ouB7tgmn26DjZ1qX9. -MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN

Malaysia lebih berisiko dilanda tsunami berbanding gempa bumi