Agus Pulau Pinang
Mohd Firdaus Nawi

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dikatakan telah menyeret Pulau Pinang dalam kancah perbandingan yang memualkan.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Mohd Firdaus Nawi berkata, Agus sepatutnya berhati-hati apabila membuat perbandingan antara Kelantan dan Pulau Pinang.

“Jika mahu dikatakan Kelantan kotor dengan sampah, katakanlah sahaja dan jangan bandingkan kerana Pulau Pinang juga berdepan masalah sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Mohammad Agus dalam hantaran Facebook membangkitkan tentang tiga isu yang merimaskannya ketika pulang berhari raya di Kelantan iaitu tekanan air yang rendah serta tidak berkualiti, jalan tidak diselenggara dengan baik dan persekitaran yang kotor kerana sampah tidak diuruskan secara sistematik.

Mohd Firdaus turut berkongsi laporan media berhubung gesaan Sahabat Alam Malaysia (SAM) agar kerajaan negeri Pulau Pinang lebih agresif dalam menangani isu pencemaran sungai.

Beliau juga berkongsi laporan media tentang kenyataan Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo mengenai isu pembuangan sampah secara haram yang meningkat di negeri itu.

“Sekali lagi Pulau Pinang tidak salah tetapi yang tidak betulnya adalah Agus,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. PRU 13 dulu geng aku puak-puak UMNO dah kabo…
    AGUS burung KAKAKTUA bukan sebab usia tetapi angguk-angguk dia. tidak membina tidak membantu kecuali promosi diri ambil kesempatan.
    jangan ambil port DIA akan tenggelam sendiri. abaikan

Comments are closed.