perwakilan kesepaduan
Mohamed Khaled Nordin

Usaha itu tidak dapat dijayakan jika tiada kerjasama daripada ahli UMNO.

KUALA LUMPUR – Kesepaduan dan kesepakatan dalam UMNO perlu dipertingkatkan sekarang bagi merawat dan memperkukuhkan parti selepas proses pemilihan selesai bulan lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak dalam parti harus mengenal pasti isu dan cabaran, mengorak langkah serta strategi supaya UMNO terus menjadi harapan dan sandaran rakyat khususnya orang Melayu.

Namun, menurut beliau, usaha itu tidak akan dapat dijayakan sekiranya tiada kerjasama dan sokongan daripada ahli dan kepimpinan UMNO sendiri.

“Sempena bulan Syawal yang penuh nikmat ini, saya mendoakan agar segala usaha yang ingin dilaksanakan akan membawa kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

“Dengan kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf zahir dan batin sekiranya ada melakukan kesilapan sepanjang menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini. – MalaysiaGazette