Gambar kredit FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebulat suara bersetuju mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai oleh Barisan Nasional.

BN dalam mesyuaratnya malam ini juga komited untuk bersama-sama membangunkan agenda polisi rakyat terus dilaksanakan, kata Setiausaha Agung BM, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

“Parti komponen melalui presiden parti masing-masing merakamkan ucapan tahniah kepada Pengerusi BN selaku Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN selaku Timbalan Presiden UMNO yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan UMNO sesi 2023-2026.

“Turut dirakamkan tahniah kepada seluruh kepimpinan Majlis Tertinggi serta Kepimpinan UMNO setiap peringkat atas kemenangan pada pemilihan tersebut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Selain itu, menurut Zambry, Dewan Tertinggi BN juga telah dimaklumkan secara mendalam persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

Perbincangan juga melibatkan model kerjasama di antara BN bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast