KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan yang bermesyuarat buat kali pertama akan menganjurkan Konvensyen Wanita Perpaduan.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Pengerusi Wanita Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Pengerusi Wanita Pakatan Harapan, Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu.
Konvensyen ini diharap dapat memperkukuh agenda Kerajaan Perpaduan di bawah teraju Malaysia Madani.
“Tema konvensyen ini adalah ‘Malaysia Madani: Mewajahi Masa Depan Malaysia’.
“Fokus utamanya ini adalah agenda ekonomi, pembinaan Negara Bangsa dan peranan wanita dalam konteks Malaysia Madani,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Ketua-Ketua Wanita Parti Komponen dalam Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Antaranya Fadhlina Sidek (PKR), Datuk Mohana Muniandy (MIC) dan Teo Nie Ching (DAP).
Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan akan diadakan pada 14 Mei 2023 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Sementara itu Noraini berkata, mesyuarat ini juga diadakan sebagai medium memperkukuh koloborasi dan membina rangkaian kerja wanita merentas parti. – Malaysia Gazette