Video tular memaparkan seorang kanak-kanak dipaut oleh pemandu pacuan empat roda dalam keadaan bergerak secara merbahaya.

GOMBAK – Polis mengesan seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang disyaki memandu secara cuai sehingga mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya di jalan raya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pemandu Nissan Navara itu dikehendaki selepas perbuatannya telah tular dalam video di media sosial baru-baru ini.

Hari ini, katanya, pihaknya telah terkesan satu rakaman video berdurasi 12 saat di media sosial yang dimuat naik memaparkan insiden pemandu Nissan Navara berwarna putih telah bersikap cuai dan mendedahkan bahaya kepada kanak-kanak.

“Penelitian dalam video itu mendapati pemandu itu bersikap cuba dengan cara memaut seorang kanak-kanak menggunakan tangan kanan di sebelah pintu pemandu ketika kenderaan sedang bergerak.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan kejadian tersebut berlaku di Taman Industri Bolton, Batu Caves,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambah Noor Ariffin, polis juga mengesan pemilik akaun media sosial berkenaan yang bertanggungjawab merakam dan menularkan video itu serta pemilik kenderaan yang terlibat dalam insiden itu.

Kes berkenaan sedang disiasat secara mendalam di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Pada masa yang sama, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kenapa semakin pelik perangai manusia di Malaysia sekarang ini. adakah otak manusia mereka telah berevolusi menjadi otak dan IQ GORILA ..yg baru terlepas dari hutan.
    Adakah tindakan undang undang dan denda dikenakan tidak setimpal dgn kesalahan sampai tiada pengajaran yg boleh menyedarkan spesis ini.

Comments are closed.