Mohd Puad Zarkashi waris sultan sulu ventilator keadilan najib sistem rahmah
Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, isu siapa yang mencetuskan konsep Rahmah tidak perlu dipolemikkan.

Menurut beliau, apa yang penting adalah isinya dan mesti tahan lama serta bukan sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’.

“Lagi pun ada apa pada nama. Klinik 1Malaysia pun Rahmah. Banturan Rakyat 1Malaysia (BRIM) pun Rahmah. Semoga menu Rahmah kekal. Tol Rahmah setiap kali musim perayaan lagi bagus.

“Tukar jenama tak apa. Seperti daripada BR1M kepada BASAH. Asalkan Rahmah. Tetapi jangan tangguh atau batal. Itu hobi Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad),” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin mendakwa, idea konsep Rahmah dicetuskan oleh Parti Amanah Negara (Amanah) dan Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA), Mahdzir Ibrahim mendakwa konsep Rahmah yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan merupakan idea Dr Mahathir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Semua tiru idea BossKu jer, semua yg BossKu buat diorg tukar nama lps tu claim idea diorg…kesian

Comments are closed.