Penoreh getah dibawa ke Mahkamah Sesyen Raub bagi menghadapi pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol anak kandung.

KUALA LUMPUR – Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub, Pahang hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol anak kandungnya sendiri dalam kejadian di Kuala Lipis bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 54 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan dan ditawarkan ikat jamin RM20,000.

Kes dihadapkan di hadapan Hakim Siti Aisyah Ahmad dan akan disebut semula pada 29 Mei 2023.

Ketua Polis Daerah Lipis, Azli Mohd Noor berkata, suspek telah ditangkap pada 20 April lalu dan direman 10 hari sebelum dituduh di Mahkamah Sesyen Raub di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menurut Azli, perbuatan durjana lelaki berkenaan terbongkar apabila kakak tiri mangsa tampil membuat laporan polis bahawa adik tirinya iaitu anak kandung tertuduh yang berusia 16 tahun 6 bulan tertuduh telah dirogol.

Hasil laporan tersebut membawa kepada penangkapan tertuduh yang bekerja sebagai penoreh getah oleh pegawai polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lipis.

Katanya, siasatan mendapati tertuduh telah merogol dan melakukan amang seksual terhadap mangsa pada 17 dan 18 April lalu di sebuah rumah.

Siasastan juga mendapati mangsa telah mengalami gangguan seksual oleh bapa kandungnya sejak berusia 10 tahun serta dirogol ketika berusia 15 tahun tetapi tidak berani membiuat laporan poluis kerana bimbang dia dan ibunya dipukul kerana telah diugut setiap kali tertuduh melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Hasil siasatan lanjut terhadap suspek, dia telah mengaku merogol dan mencabul anak kandungnyua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan sebatan, manakala bagi pertuduhan kesalahan amang seksual ke atas kanak-kanak boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

“Pihak polis memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang.

“Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak takut untuk melalporkan sebarang kejadian jenayah dan mengalu-alukan orang ramai membantu dalam menyalurkan maklumat sebarang kejadian jenayah agar tindakan tegas dapat diambil untuk mengatasinya,” katanya. – MalaysiaGazette