Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari becakap kepada media selepas Program Sinergi Pendidikan Yayasan Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 05 SEPTEMBER 2022.

SHAH ALAM – Sekurang-kurangnya sembilan program Rumah Terbuka anjuran kerajaan Selangor diadakan di seluruh negeri bermula hari ini hingga 14 Mei.

Berikutan itu, orang ramai di kawasan berkenaan dipelawa untuk memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri itu.

Jurucakap kerajaan Selangor berkata, malam ini Rumah Terbuka Aidilfitri diadakan di kawasan Sepang di Tapak Pasar Pagi Pekan Salak bermula jam 8 malam hingga 11 malam.

Esok, 29 April pula katanya, rakyat kawasan Hulu Selangor berpeluang hadir memeriah majlis itu yang diadakan di Padang Awam Hulu Bernam, juga bermula jam 8 malam hingga 11 malam.

Pada 30 April, Rumah Terbuka Aidilfitri diadakan di kawasan Klang iaitu di Padang Taman Seri Kerayong, Kapar bermula jam 8 malam hingga 11 malam.

Kawasan Hulu Langat diadakan pada 5 Mei di Tapak Agora Night Market, Taman Sri Nanding bermula jam 8 malam hingga 11 malam, diikuti 6 Mei di Tapak Pasar Malam Paya Jaras, Petaling bermula jam 11 pagi hingga 3 petang.

Pada 7 Mei pula, rumah terbuka berlangsung di Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat dari jam 8 malam hingga 11 malam; dan 12 Mei di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam (8 malam – 11 malam).

Pada 13 Mei pula di Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor (8 malam – 11 malam) dan 14 Mei di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Gombak (8 malam – 11 malam).

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dijadual berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri di Padang Taman Seri Kerayong, Kapar.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari juga dijangka turut hadir bersama beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pemimpin setempat.

Manakala, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir di Rumah Terbuka Sri Gombak pada 14 Mei ini.

Amirudin menerusi akaun Facebooknya turut menjemput seluruh rakyat Selangor hadir bersama keluarga dan kenalan pada program Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di kawasan masing-masing. – MalaysiaGazette