KUALA LUMPUR – Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan bercemar duli ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani yang akan berlangsung di negeri Kedah pada Sabtu ini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, kehadiran Sultan Sallehuddin menambah seri majlis tersebut.
“Kerajaan Persekutuan menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah berangkat hadir ke majlis tersebut.
“Keberangkatan baginda pastinya akan menambah lagi seri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani.
“Sekaligus memberi peluang kepada rakyat Kedah untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” kata Fahmi dalam kenyataan.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani anjuran Kerajaan Persekutuan akan diadakan dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah Darul Aman.-MalaysiaGazette