Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan dua suspek warga Taiwan yang dikehendaki poasukan keselamtan negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam untuk dibawa pulang ke negara asal mereka.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mereka dikehendaki polis Taiwan kerana disyaki terlibat dengan kes tembakan di negara tersebut.

Selain itu, katanya, suspek terbabit juga dipercayai merupakan ahli kongsi gelap serta anggota sindiket scammer di Taiwan.

“Kedua-dua suspek itu ditangkap pada 20 April lalu oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ketika memasuki negara ini melaluii penerbangan dari Taiwan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Acryl Sani, suspek tersebut ditangkap susulan waran tangkap dikeluarkan pihak berkuasa Taiwan dan pembatalan pasport oleh kerajaan negara itu.

Tambah beliau, tangkapan kedua-dua suspek dibuat di bawah Akta Imigresen 1959/63 ketika tiba di balai ketibaan KLIA.

Jelasnya, tangkapan yang dilakukan itu merupakan hasil kerjasama antara PDRM dengan pihak berkuasa Taiwan dan koloborasi tui akan diteruskan untuk mengenal pasti rangkaian jenayah berkait dengan kedua-dua suspek di Malaysia. – MalaysiaGazette