Mauricio Pochettino. Foto The Independent.

LONDON – Chelsea hampir pasti menawarkan kontrak buat jurulatih kelahiran Argentina, Mauricio Pochettino sebagai pengendali baharu secara rasmi minggu depan, lapor Sky Sports.

Sebelum ini, pengurusan tertinggi The Blues telah melakukan beberapa siri temuduga dengan calon jurulatih yang disenarai pendek sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, Pochettino muncul calon akhir yang menjadi pilihan untuk mengemudi Chelsea dan kini hanya menunggu tawaran kontrak rasmi dengan persetujuan mengenai terma dan syarat.

Chelsea pernah ‘merisik’ bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG) itu memandangkan pihak pe­ngurusan sudah mahukan khidmatnya untuk menggantikan posisi Thomas Tuchel pada September lalu.

Bagaimanapun, atas beberapa sebab yang tidak dapat didedahkan, Chelsea akhirnya melantik Graham Potter sebelum jurulatih kelahiran England itu dipecat pada bulan lalu.

Sementara itu, bekas pemain antarabangsa England, Gary Neville yakin Chelsea telah membuat keputusan yang tepat dengan memilih Pochettino kerana beliau memiliki pengalaman dalam pentas EPL bersama Tottenham Hotspur selain kepakaran membimbing pemain muda. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast