Foto: Tangkap layar Twitter

TEHRAN – Iran merampas sebuah kapal tangki yang mengibarkan bendera Kepulauan Marshal di Laut Oman yang didakwa melanggar kapal Iran pada Rabu lalu dan cuba melarikan diri.

Beberapa anak kapal Iran didakwa hilang dan mengalami kecederaan dalam kejadian itu, kata tentera Iran siperti dipetik agensi berita, Irna.

Katanya, angkatan tentera laut Iran kemudan memintas kapal tersebut di Laut Oman dan mengarahkannya menuju ke perairan Iran.

Sementara itu, China Daily melaporkan, tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang meminta kapal tersebut dibebaskan serta merta berkata, kapal tersebut berada di perairan antarabangsa di Teluk Oman.

“Kerajaan Iran perlu membebaskan kapal tabgki ini serta merta,” kata Angkatan Kelima AS yang berpengkalan di Bahrain dalam satu kenyataan.

Pada awalnya, angkatan itu menyalahkan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) namun kemudian berkata, tentera laut Iran yang menahan kapal tersebut.

Kapal tangki itu dikenal pasti sebagai Advantage Sweet dan ia mengeluarkan amaran kecemasan semasa dirampas. – Agensi