Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah restoran makanan segera di Rantau Panjang, Pasir Mas enam tahun lepas.

PASIR MAS – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah restoran makanan segera di Rantau Panjang, enam tahun lepas.

Saw Kim San, 37, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Saw didakwa membunuh Lee Boon Guan, 39, di restoran makanan segera berkenaan pada 5.58 petang, 17 Ogos 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Syafiq Aizat Nazri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 15 Jun ini untuk sebutan semula kes.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast