Shahidan Syed Saddiq hijrah UMNO kuat veteran pengampunan BN PH PRN
Mustapha Yaakub

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO berharap kepimpinan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau membantah pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, perkara itu adalah hal UMNO dan Yang di-Pertuan Agong.

“Najib sudah membuat petisyennya mengikut peruntukan undang-undang dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sedang berusaha menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk merayu.

“Jangan bertindak semberono sehingga membelakangkan kuasa Seri Paduka. Jangan sekali-kali menjadi lebih sudu dari kuah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kelmarin, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd Samad memberi pandangan bahawa pengampunan kepada Najib akan menghantar mesej tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara berhubung sikap dan pendirian kerajaan terhadap rasuah serta salah guna kuasa.

Katanya, ia akan merosakkan imej dasar Membangun Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada masa yang sama, Mustapha berkata, Veteran UMNO menyokong kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya semua penyokong Najib tidak mengeluarkan sebarang komen tentang pengampunannya setelah petisyennya tidak dibincang dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan kelmarin.

Menurut beliau, semua pihak patut menyerahkan soal pengampunan itu kepada budi bicara dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.

“Seri Paduka tahu apa yang patut dilakukan dan bila ia akan dilakukan. Jangan mendahului kerja Yang di-Pertuan Agong dan jangan memberi tekanan kepada Seri Paduka,” jelasnya.

Mustapha menambah, Veteran UMNO memahami bahawa penyokong Najib tidak sabar menunggu pembebasannya.

“Tetapi kata putusnya ada pada Yang di-Pertuan Agong. Apa yang boleh dilakukan adalah berdoa semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan pengampunan itu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. ni SATU lagi makhluk ganjil….
    walau TUA tapi berideologi terencat akal
    dah TAHU itu Hak YDPA senyap-senyap lar…
    rakyat dah nasihat kau dan puak-puak Welanon CUCUK HIDUNG SENDIRI je…
    Welanon Welanon ni pehal?
    Amanah DAP PKR perlu beri kursus taatsetia dan tatasusila pada puak-puak UMNO ni..

    • kau yang komen lagi terencat akal. hidup jangan nak busuk hati buta akal sangat. PN/PH sama je bodoh, hidup dengan busuk hati dan fitnah. tak berani nak lawan secara fakta.

Comments are closed.