DHAKA – Remaja warga Bangladesh yang dihantar pulang ke negara asal selepas ditemui terperangkap dalam kontena di Pelabuhan Klang pada 17 Januari lalu, Ratul Islam Fahim meninggal dunia akibat lemas di sebuah kolam berhampiran rumahnya semalam.
Bapa remaja itu, Faruq Miah berkata, Ratul berusia 14 tahun dari Monoharganj, Cumilla mengalami masalah mental.
“Kira-kira jam 2.30 petang, Ratul lemas ketika mandi bersendirian” katanya seperti dipetik media tempatan.
Pengerusi majlis luar bandar tempatan, Ashikur Rahman Hiron berkata, Ratul lemas ketika mandi bersendirian di sebuah kolam kerana beliau tidak tahu berenang.
Ratul hilang pada 13 November 2022.
Pada 12 Januari lalu, kapal MV Integra berlepas dari Pelabuhan Chittgong menuju ke Malaysia.
Pada 16 Januari, anak kapal terdengar suara dari dalam kontena yang kosong dan melaporkan kejadian itu kepada Lembaga Pelabuhan Klang.
Sehari selepas itu, kapal tersebut berlabuh di Pelabuhan Klang dan remaja tersebut diselamatkan sebelum remaja itu dihantar pulang ke negara asal pada 21 Februari lalu. – Agensi
Remaja Bangladesh terperangkap dalam kontena dihantar pulang