MOSCOW – Twitter akan memperkenalkan pilihan yang membenarkan saluran media mengenakan bayaran kepada pengguna yang sekali-sekala berhasrat untuk membaca artikel, kata Ketua Pegawai Eksekutif platform media sosial Elon Musk pada Sabtu.

“Bakal dilancarkan pada bulan depan, platform ini akan membolehkan penerbit media mengenakan bayaran kepada pengguna pada setiap artikel dengan satu klik.

“Ini membolehkan pengguna yang tidak mendaftar untuk langganan bulanan membayar harga yang lebih mahal bagi setiap artikel jika mahu baca artikel,” tulis Musk di Twitter, lapor Sputnik.

Beliau berkata fungsi baharu itu untuk memberikan situasi sama menang kepada media dan pengguna.- BERNAMA-SPUTNIK

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast