Mohd Puad Zarkashi Najib dibebaskan pas kingmaker Muhyiddin wang RCI Tommy Puad Nazlan DAP takut sanusi the untold story Anwar UMNO
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Majlis Peguam didesak supaya mendaftar sebagai sebuah pertubuhan politik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Puad Zarkashi mendakwa, ini kerana badan tersebut didakwa tidak lagi bersikap profesional dan berat sebelah dalam menegakkan keadilan.

Bar Council mempertahankan Hakim Nazlan, membidas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyiasat Nazlan dan mengecam Azalina kerana mengesahkan hasil siasatan SPRM.

“Tidak ada yang pelik dengan tindakan Bar Council itu. Badan itu kuat main politik, berat sebelah dan amat selektif siapa yang mereka mahu pertahankan.

Bar Council tidak lagi fokus kepada peranan fundamental mereka. Sepatutnya mengawal profesionalisme kepeguaman tetapi Lebih banyak berada di gelanggang politik dan main politik. Lebih baik daftar Bar Council sebagai badan politik,” tegas Puad.

Beliau mengulas tindakan badan tersebut yang mahu mengadakan Mesyuarat Agung Luar biasa (EGM) 10 Mei akan datang.

Puad berkata, badan profesional seperti Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Arkitek Malaysia tidak berperangai seperti Majlis Peguam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu menambah, Majlis Peguam sepatutnya membahas dan membuat pendirian terhadap hasil siasatan SPRM terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Buatlah pendirian yang bermaruah. Kenapa marah Peguam Negara kerana tidak mempertahankan Hakim Nazlan. Kenapa tutup mata sebelah dalam kes Zetti Aziz.

“Kenapa tidak bahas memoir Tommy Thomas yang mendakwa ada campur tangan dalam perlantikan hakim hakim. Kuat politik Majlis Peguam,” kata Puad.

Majlis Peguam akan mengadakan EGM untuk membahaskan usul mengenai kebebasan badan kehakiman dan “menegakkan kedaulatan undang-undang”.

Media meloporkan, 175 peguam membuat petisyen untuk mengadakan EGM bagi membahaskan usul yang mengutuk “serangan bertalu-talu” terhadap badan kehakiman.

Dalam usulnya, peguam tersebut memetik dakwaan serangan terhadap Nazlan yang menjadi hakim perbicaraan bagi kes SRC International bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka mahu Majlis Peguam untuk mengesahkan komitmennya  mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang dan mengutuk sebarang tindakan menjejaskan kebebasan badan kehakiman dan “mengancam pentadbiran kehakiman”.

Peguam juga mahu Majlis Peguam mengecam tindakan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said yang mengesahkan penemuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai Nazlan dalam surat 20 Mac kepada peguam cara Najib.

Sebelum itu, laporan SPRM kepada Ketua Hakim Negara mendapati Nazlan melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan ketika mengetuai kes SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azalina mengesahkan perkara itu dalam satu surat kepada peguambela Najib.- MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Patutnya kerajaan yg menguasai parlimen gubal undang2 untuk sekat kegiatan politik Majlis Peguam..tak pun gubal undang2 untuk tubuhkan badan alternatif kpd Bar Council..tak pun gubal undang2 bubarkan jer Majlis Peguam…Bukan kerajaan kuasai parlimen kaa? benda simple

Comments are closed.