Pada hari kejadian, Hattan sepatutnya ‘chill’ je. Bak kata peminat rock “Rileks la bro”.

HATTAN menyekolahkan pembaca stesyen berita berbayar kerana soalan yang diajukan antara perkara yag trending di media sosial pada awal minggu pertama Syawal. Tika di mana kita meraikan kemenangan melawan nafsu termasuklah berperang dengan amarah yang ada dalam diri.

Dalam keadaan siaran langsung, kata-kata kurang manis pemilik nama sebenar Mohd Shukri Shahabudin, 59 tahun yang dianggap artis senior, telah mencetuskan fenomena rasa tidak puas hati, carutan dan kemarahan orang ramai.

Dipacu rasa simpati terhadap pembaca berita menyebabkan akaun Instagram (IG) Hattan diserang netizen sehingga terpaksa menukar kepada privasi.

Dalam kebanyakan  ruangan komen dalam hantaran yang dibuat penyanyi yang terkenal dengan irama Blues, netizen meminta dia lebih beradab kerana tindakannya dilihat bukannya mengajar tetapi ke arah memalukan.

Perkataan, cara percakapan malahan tindakan mematikan telefon ketika live dianggap ‘kurang ajar’ dan jika tidak dapat dikawal ia boleh ‘menjahanamkan’ pasukan penerbitan bertugas.

Bayangkan jika Nursyazwazni Saiful Sham terus panik dan penerbit gagal mengawal situasi, ia menjadi satu bencana besar kepada pasukan Berita Awani pada hari itu.

Berdepan dengan siaran live bukan semua orang boleh buat apatah lagi untuk memenuhi durasi panjang. Itu belum dikira ada bahan-bahan penting yang masuk pada saat-saat akhir.

Kekadang pembaca berita tidak sempat membuat persediaan. Ketika itu segala tugasan terletak di bahu penerbit dan pembantu yang ’feed’ bahan.

Kalau ada benda penting, ‘line up’ jadi macam pasaran saham di Bursa Malaysia, turun naik dan berubah-ubah. Pada masa ini semua kena ‘cool’

Jadinya pada hari kejadian, Hattan sepatutnya ‘chill’ je. Bak kata peminat rock “Rileks la bro”.

Perlu diingatkan live di TV tidak sama dengan media sosial dan perlu difahami berita atau news tidak seperti sesetengah rancangan hiburan di mana ia direkod lebih awal.

Ia tidak sama dengan live di media sosial!

Ramai yang melihat segalanya mudah bila berita ke udara. Wal hal untuk menerbitkan sesuatu ia bukan perkara mudah, apatah lagi bekerja pada hari cuti, kering-sekeringnya. Maaflah, tulisan ini bukan hendak memenangkan sebelah pihak, dalam keadaan tertentu tidak mudah untuk mencari dan menghasilkan berita apabila diberi tugasan pada masa cuti yang panjang.

Memenuhi durasi dengan bahan-bahan berkualiti menjadi satu cabaran.

Kata-kata yang kena buat ‘homework’ memang betul. Tetapi cara teguran yang dilemparkan telah gagal kerana gaya dan perkataan yang digunakan.

Banyak kes-kes pembaca berita terkhilaf ketika menemuramah, tidak kira di stesyen televisyen mana sekalipun tetapi sifat profesional kedua-dua pihak berjaya menyelamatkan suasana atau keadaan.

Kalau hendak dikira ramai rakan-rakan sama spesis (wartawan) yang menyembunyikan kelemahan artis, tidak kiralah tahap mana. Lain yang ditanya, lain yang dijawab.

Kalau rekod rancangan, adakala berbelas ‘take’ terpaksa diambil. Adakah mereka di luar sana tahu? Kami simpan demi menjaga aib dan periuk nasi orang lain.

Bahkan jika ditanya rambang dalam kalangan penyanyi senior lima penyanyi baharu yang mendapat hit tidak kiralah di platform mana, ramai yang gagal menjawab.

Dalam dunia realiti, kalau hendak diguna perbandingan mudah, wartawan ini ibarat daun kari. Dicari untuk mendapatkan publisiti, selepas dikenali dan terkenal, diletak di tepi pinggan bukannya dimakan.

Benda ini berlaku bukan sahaja dalam kalangan retis, tetapi dengan semua termasuklah dengan ahli politik.

Ketika mengakhiri artikel ini, seorang susuk tubuh artis yang telah lama meninggalkan kita terbayang-bayang di mata.

Tidak lain dan tidak bukan, Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Tanyalah apa sahaja, pasti nada suara, lenggok bahasa dan paparan wajahnya memberi jawapan yang menyenangan ketika diaju apa sahaja soalan.

Tidak melenting!

Walaupun mencipta nama di persada antarabangsa yang mencipta nama rakyat Malaysia pertama membuat persembahan di Royal Albert Halls, arwah sentiasa merendah diri.

Jadilah seperti Sudirman, disayangi semua…

Akhir kalam, walau siapa pun kita, sama-samalah buat ‘homework’.-MalaysiaGazette.

 

6 Komen

  1. Satu jer nk ckp hattan ni terlajak bangang bnyk sgt mkn lemang dgn rendang agaknya org minta pandangan kau bkn minta nasehat, diri awaj sendiri pun dulu huru hara baru dpt datok.dh berlagak dari suka naik nyampah lak aku nengok org cmni..buat pengacara atau org² tv klu nl buat temuramah spontan tlga cari yg berakal sikit bkn yg bodoh² bangang cmni..buek malu org kmpg yo.

    • Betul. Ambil artis yang lebih beradab untuk ditemurah. Artis tak ada adab ni boleh berehat terus dari dunia seni. Seni itu indah, bukan jijik tanpa adab dan tata susila. Semakin meluat lihat perangai manusia yang tidak tahu erti saling hormat menghormati di dalam negara majmuk ini.

  2. Eden pun oghang ni9 gak..MALU Den..Setakek Dtk Hattan ni , Pangge buek lawak buleh lah, so Pongacaro jangan ambek Hati lah Dek statement BODDO Dio tu, next time ponorbit Kono lah buek research dulu siapo yg nk diintebiu ‘Live’, Nanti Kono rotih sospesis DATUK ni, punah program Dek e…Minta maap lah iyo

  3. ini den anggap konten ajo.. semuo ehh tak payah ngelabah. rileks Jo.. semoga ada perubahan ..esok esok jgn buek laie.

Comments are closed.