Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Luzon, Filipina pada 4 Mei 2023. Foto Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Luzon, Filipina pada 8.49 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, gempa itu berlaku pada jarak 64 kilometer (km) timur dari Bandar Tuguegarao, Filipina dengan kedalaman 45km.

Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast