Foto Facebook Selangor Royal Office

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah supaya menghormati perbezaan agama merupakan prasyarat terpenting dalam mengecapi keamanan dan kemakmuran masyarakat majmuk.

Menerusi Facebook Selangor Royal Office, baginda bertitah, kesederhanaan dalam mengamalkan pelbagai ajaran agama kunci kepada kelangsungan keamanan negara.

“Baginda berharap dengan menghormati sambutan keagamaan sebegini, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama akan terus hidup dalam sebuah masyarakat yang harmoni,” menurut kenyataan itu.

Baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha yang menyambutnya.

Hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha selain penganutnya bersembahyang dan melepaskan burung merpati serta memberi makan kepada orang miskin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast