Zaid Najib RM42 juta
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk November tahun lalu akan bertukar tangan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kemungkinan itu berdasarkan beberapa faktor yang berlaku dalam kerajaan itu sendiri seperti sudah hilang kepercayaan daripada parti gabungan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hari-hari, pagi, tengah hari, petang ceritanya kerajaan akan bertukar dan satu lagi cerita sebelah sana pula kata kerajaan stabil.

“Tetapi dari semua akhbar, semua portal yang kita dengar, kerajaan akan bertukar dengan macam-macam teori dan perancangan.

“Di Malaysia ini, selalunya bila banyak sangat orang bercakap macam ini selalunya akan terjadi,” katanya menerusi hantaran Facebooknya semalam.

Bahkan desas desus itu turut mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang bertitah menyuarakan kebimbangan baginda berhubung keadaan itu.

Titah baginda, rakyat telah menaruh harapan tinggi dalam PRU15 lalu dan telah memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.

Namun sehingga kini, 222 ahli Parlimen  masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina.

Menurut Zaid, apabila kerajaan sekarang lupa mereka memerlukan sokongan daripada pihak lain maka berlaku sebagaimana dilalui dua mantan perdana menteri sebelum ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita lihat Muhyiddin jatuh sebab puak-puak lain tak sokong dia. Kita lihat Ismail Sabri jatuh sebab puak-puak lain tak sokong dia, termasuklah puak-puak UMNO.

“Itulah sejarah kita dalam masa dua tahun ini dan tak ada perbezaan sekarang ini pun,” katanya.

Beliau turut mengaitkan ketidakstabilan politik dalam kerajaan ada kena mengena dengan isu pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, banyak pihak dalam Pakatan Harapan (PH) memandang ringan isu pengampunan mantan perdana menteri keenam itu.

“Macam-macam cerita keluar, kononnya dia patut kekal dalam penjara, pengampunan tak wajarlah, macam macam. Amanah bercakap, (parti) Star bercakap, PKR pun bercakap.

“Bila kita bercakap macam ini sudah tentu timbul perpecahan dalam pakatan itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Zaid membuat ramalan antara calon yang ada potensi sebagai Perdana Menteri ke-11 ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Ramalan saya ringkas saja, calon yang ada potensi jadi Perdana Menteri ke-11 ini saya rasa Hishammuddin. Dia ada sokongan daripada UMNO dan ada sokongan daripada pihak-pihak lain juga.

“Saya percaya parti Bersatu akan sokong beliau. Saya percaya Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan memainkan peranan penting.

“Jadi, apa pun keputusannya, saya menyeru kepada semua pihak, kalau boleh tumbang sekarang, tumbanglah cepat-cepat. Kalau tak boleh, (baik) hentikan, kita banyak kerja nak dilakukan,” katanya.

Menurutnya, kalau setiap hari bercakap pasal tumbang tidak tumbang, sampai bila?

Kata beliau, kalau hendak tumbang, tumbang sekaranglah tetapi kalau tidak boleh tumbang, kekalkan kerajaan yang ada sekarang supaya dapat buat kerja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Demokrasi adalah pilihan rakyat, biarlah proses itu berjalan, tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan angka 126 itu.

    Kalau benar sekalipun, rakyat sangat mengalu2kan.

  2. Hanya ada satu saja penyelesaian bagi semua ini. YDPA saja yangbijaksana. Sebab itu pengampynan DSNR sangatlah penting untuk kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara.

  3. Bongoknya org² Malaysia masa kini… Politik x stabil, apa yg nak di cari lagi si bongok² ni…

    Jika org politik Masih x bersatu, saya doakan semoga Yb² semua mampos… Babi sial… Menyusahkan org.

  4. sekarang baru semua nampam betapa besar peranan DSN. dan mungkin juga jadi huru-hara macam ni disebabkan fitnah yang melampau kepada DSN, bukan nak kata DSN maksum atau tidak melakukan dosa tapi bila dah terlalu byknya fitnah dan tohmahan terhadap beliau maka ALLAH akan makbulkan doa org yang teraniaya. kita diajar supaya tidak buka aib org atau tohmah org lain dengan melampau sampai menghina 24jam sehari, fiiir balik adakah kita terlalu suci atau bersih dari dosa. fikirkanlah sebab hidup didunia ni ibaratnya “what goes around comes around “

  5. apek tua RASIS DAPIGS…..sebelum ini ada kamu menjerit menyalak anjing pada ANWAR isytihar tidak jatuhkan NAJIB ZAHID dan MUHYIDIN

    kempen P akatan H ANCING menyalak seperti anjing kurap dan gila babi….tiada KEABSAHAN…GAGAL GAGAL dan ada NO EKOR MAJORITI dari ANWAR RAJA MUNAFIK

    DAPIGS P akatan H ancing juga meroyan tidak akan kerjasama dengan umno PERASUAH PENYAMUN….akhirnya berselingkuh dalam jubur umno…P akatan di LUAR TABIE…..

    .ANWAR dihantui dengan nombor EKOR MAJORITI yg dcipta sendiri…..kifarah MUNAFIK

  6. memang lah kalau ada kadok nak naik junjung sirih pun akan bertukar daun . gila nak jadi kerajaan tapi rakyat tak sokong . insaf lah tunggu rakyat percaya . tunjuk lah kebaikan daripada menghasut siang malam

  7. Nampaknya selagi Datuk Seri Najib tidak mendapat haknya dengan adil maka selagi itu tadbir urus negara kita akan sentiasa terumbang ambing dek permainan politik politkus yang menjaga keoentingan politiknya sendiri. Najib menjadi mangsa kerana dia pernah melayan PAS sebagai rakan karib, kita semua pun tahu PAS parti picisan yang akan mengambil kesempatan kepada semua peluang yang ada asal ada laba berjaya diraihnya. Pakatan Harapan, Angkatan Perpaduan Ummah terkini Pakatan Rakyat serta Perikatan Nasional semuanya pernah mempunyai pengalaman bersama PAS, adakah mereka kekal konsisten?

Comments are closed.