Sebuah MPV jenis Perodua Alza terbakar di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menghala ke Pulau hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu nyaris maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dipandunya terbakar berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menghala ke Pulau di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, mangsa dikatakan berjaya menyelamatkan dengan bantuan orang awam sebelum kehadiran pihak bomba.

Pegawai Operasi Bomba, PBKII Shahrul Munawer Taharem berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 2.24 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai bergegas ke lokasi.

Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja pemadaman api di lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kita dapati sebuah MPV sedang hangus dijilat api dengan kemusnahan sebanyak 95 peratus manakala mangsa telah berjaya menyelamatkan diri sebelum kehadiran pihak bomba.

“Susulan itu, kami menjalankan tindakan pemadaman dan operasi tamat sepenuhnya pukul 3.02 petang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Shahrul Munawer, jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast