KUALA LUMPUR – Pembangkang dinasihatkan supaya berhenti berangan dan bermimpi untuk kembali berkuasa di Putrajaya.
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, pembangkang seolah-olah tidak bosan untuk berbuat demikian.
Beliau menegaskan, pembangkang seharusnya menguji sokongan terhadap mereka di Dewan Rakyat.
“Saya bertanya, tidak bosankah pemimpin pembangkang setiap hari berangan untuk kembali berkuasa?
“Masa berkuasa 33 bulan dahulu pun gagal sehingga rakyat terpaksa menaikkan bendera putih dan sekarang ini hendak cuba tebuk atap 2.0 pula.
“Jika hendak uji pengaruh, pergi ke lantai dewan dan buat undi tidak percaya. Jika tidak yakin untuk melakukannya, nasihat saya terimalah realiti PN itu adalah pembangkang,” kata Agus.
Beliau mengulas spekulasi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman kononya Perikatan Nasional kini mendapat sokongan 126 ahli Parlimen.
Sementara itu, Agus berkata, adalah mustahil pembangkanng boleh menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
“Saya baharu selesai membaca monograf terbaharu Kai Otswald yang diterbitkan oleh ISEAS pada 2 Mei 2023 bertajuk Why Malaysia’s Unity Government will (probably) survive?
“Dapatan beliau hampir sama dengan pandangan saya. Sukar jika pun tidak mustahil.
“Ini kerana PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kerajaan Perpaduan mendapat sokongan daripada Raja-Raja Melayu, berhati-hati dalam mengendali hal ehwal Melayu-Islam, agenda Malaysia Madani mula meresap dalam sanubari bangsa Malaysia, PMX berkarisma dalam soal mengangkat martabat rakyat, melawan perasuah dan menoktahkan kemiskinan,” kata Agus.
Tambah beliau, pembangkang gagal melaksanakan tugas untuk mengkritik secara konstruktif dasar-dasar kerajaan dan menjalankan peranan semak dan imbang.
Pembangkang, menurut beliau, hanya berjaya mencipta kelesuan dan keresahan politik.
“Tetapi jika melihat kepada keyakinannya bahawa kerajaan ini tumbang, saya katakan cara pembangkang berangan dan bermimpi, ular pun boleh keluar kaki. Nakal sungguh pembangkang,” kata Agus.
Sebelum itu Muhammad Faiz memberikan bayangan gerakan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan bukan satu spekulasi dan mungkin akan berlaku.
“Saya kira, angka ini signifikan hingga ramai çyber troopers prokerajaan meroyan di laman Facebook saya. Saya fikir pihak sebelah sana (Kerajaan Perpaduan) pun tahu kebenarannya,” kata Muhammad Faiz.-MalaysiaGazette
Nasihatkan depa tu agar bersabar sehingga pru16. Sementara nk tunggu tu minta depa jd pembangkang yang menyumbang bukannya pembangang yang sumbang.
Agus ni kira ok idea dia… aq puji agak bijak macam munasabah juga.
adakah Agus antara ORANG MALAS (tak nak sebut Melayu nanti dikata racist) atau mudah give up?
ini contoh… mudah je.. aq bagi faham.. contoh ya..
Mungkin DNA dia sama dengan anak lelakinya..
kalau menantu kau TIDAK MENGANDUNG bagi aq uruskan bimbang anak kau juga BOSAN.
harap jangan emo ya .. ini contoh paling cepat hadam
Kenapa perlu berkelakuan seperti binatang yang tiada akal? Perlukah menunjukkan dan menayangkan kebuasan nafsu tuan kepada khalayak?
Saya pasti tuan adalah seorang muslim. Jagalah tutur kata dan akhlak kita.
Ingin berkuasa bukan kerana nak sangat kuasa. Hakikatnya mereka lebih khuatir kepada perkataan SUNGAI BULOH
Demokrasi bukanlah proses yang hanya berjalan 5 tahun sekali sebaliknya ianya proses yang berjalan setiap detik.
Jom raikan proses tersebut!!! Kalau dah cukup korum bila2 masa sahaja boleh gulingkan… hu..hu..