BANTING – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan saman yang dikemukakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Itu biar peguam saya jalankan, Gobind ada,” kata Perdana Menteri kepada media, di sini, hari ini.
Mahathir memfailkan saman berjumlah RM150 juta terhadap Anwar berhubung dakwaan bahawa dia mengumpul kekayaan peribadi ketika berkuasa.
Peguam Mahathir memfailkan writ saman itu di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dua hari lalu.
Pada 17 April lalu, Mahathir dilaporkan akan meneruskan tindakan undang-undang selepas Anwar tidak mematuhi surat tuntutan agar membuat permohonan maaf terhadapnya berhubung dakwaan yang dibuat semasa ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023, pada 18 Mac lepas.
Mahathir mendakwa, kenyataan Anwar dalam ucapannya itu membawa maksud dia membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya.
Menurut salinan pernyataan tuntutan, bekas Perdana Menteri itu mendakwa Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan dan presiden PKR, membuat kenyataan tidak benar dan tidak berasas dengan niat untuk menimbulkan persepsi negatif terhadapnya.
Mahathir memohon perintah mahkamah supaya Anwar mengeluarkan permohonan maaf bertulis dan menarik balik dakwaan itu dengan serta-merta.
Plaintif juga menuntut gantirugi pada kadar 5 peratus setahun dari tarikh writ saman difailkan sehingga penyelesaian penuh, kos, dan apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Saman fitnah itu ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 31 Mei.
Terdahulu, Anwar makan tengahari di Medan Selesa 7, di sini, sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek As-Solihin. – MalaysiaGazette

















Awat lagu tu? Rakyat dah lama tertunggu2 jawaban dari mulut anda sendiri? Malah ada rakyat yang sudah MATI dek kerana lama sangat menunggu bukti berkotak2 tu! Bayangkan ada yang menunggu lama semenjak dari zaman demonstrasi jalanan dahulu lagi… kah..kah..kah..
Kalaulah Atok menang kes ini, penulis secara peribadi akan meminta maaf secara terbuka kepada Atok kerana telah puluhan tahun terpengaruh dan percaya dengan tuduhan2 Sembang Kari dan assistantnya raja formula songsang!
Sama2 tunggu episod yang mendebarkan ini.