Lebih 5,000 pengunjung termasuk Ismail Sabri memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Guai di Dewan padang Luas, di Bera hari ini.

BERA – Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara 5,000 penghujung memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai di Bera di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai, Datuk Sabariah Saidan berkata, ketibaan bekas Perdana Menteri Kesembilan itu diraikan para tetamu yang tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar sebagai kenang-kenangan.

“Majlis kali ini sungguh meriah dengan kehadiran pelbagai bangsa dan kaum termasuk Cina dan India selain dari Orang Asli. Ketua-ketua jabatan dan pemimpin setempat turut hadir memeriahkan suasana sambutan raya di Bera,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Sabariah yang juga Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan, Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang berkata, agenda perpaduan terus menjadi fokus utama dalam merapatkan ukhwah dalam kalangan penduduk Bera.

Persembahan nyanyian di Rumah Terbuka Aidilfitri DUN GuaiSelain itu, lebih 100 kanak-kanak seronok beraya dan mendapat sumbangan duit raya.

Majlis bermula seawal 10 pagi tadi dimeriahkan dengan persembahan nyanyian di perkarangan Dewan Padang Luas di sini.

Enam menu utama disajikan seperti lemang, nasi minyak,rendang, ayam merah, apam balik, nasi impit, kerepek, kuih raya serta 10 jenis air disediakan kepada para tetamu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast