PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas perdana menteri dan pemimpin yang konon mahu membantu orang Melayu supaya menyerahkan separuh harta mereka.
Anwar berkata, tindakan itu wajar memandangkan pemimpin berkenaan telah mengaut keuntungan ketika berada dalam tampuk pentadbiran kerajaan.
“Ketika mereka berkuasa sibuk memperkayakan sanak saudara. Bila sudah tidak mentadbir negara baru nak bersuara bantu dan selamatkan orang Melayu?
“Saya nak cakap pada pembesar, Tun dan Tan Sri yang kaya ini, kalau betul nak tolong Melayu yang kamu ambil berpuluh bilion selama ini, bagi setengah kepada orang Melayu esok.
“Saya harap perkara ini sampai, Tun Mahathir ke Tun Daim saya tak peduli. Berapa kekayaan? RM10 bilion, RM15 bilion? Betul nak tolong, nak jadi pejuang, nak selamatkan Melayu? Yang kamu sakau beri semula pada orang Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang di sini hari ini.
Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri; Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution; Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta pemimpin negeri.
Dalam perkembangan sama, Anwar menegaskan, pentadbirannya kini berusaha menghentikan salah laku pemimpin, peyelewengan, rasuah serta menggunakan kedudukan untuk mengaut kekayaan kepada diri, keluarga dan saudara-mara.
“Hasil negara kini bertambah serta pelaburan dari China, India, Amerika Syarikat dan Australia melonjak naik kerana keyakinan pelabur asing terhadap pimpinan dan kerajaan yang stabil.
“Jangan sabotaj. Kalau kita sudah beri ruang dan cuba menyalah guna (kuasa), kita akan bertindak sewajarnya tanpa bertolak ansur,” kata beliau. – MalaysiaGazette
PMX PMX
ada bukti ka?
biasa yang kena penjara PASTI ADA BUKTI
NAJIB AKAN DIAMPUNKAN NANTI SETELAH BICARA ULANG BICARA PELBAGAI SAKSI DAN PENDAKWA…..MASA TERBUANG BAGAI SANDIWARA ….TIDAK MUSTAHIL ZAHID PUN TERLEPAS PERTUDUHAN HEBATTTNYA PAKATAN LUAR TABIE MADANI
BEGITU UGA JLOW YANG HILANG ALAM GHAIB…SATU DUNIA POLIS TIDAK BOLEH KESAN…JIKA DIKESAN PUN TIDAK PERLU DIBICARAKAN…sebab nanti ada TANGAN2 GHAIB MINTA DIAMPUNKAN
TIDAK PERLU BUANG MASA TENAGA DAN WANG
yang hilangkan jho low tu geng² yang sokong berguling atas jalan la..DSN dah buat GST utk elakkan tauke² beaar lari cukai tipu duit kerajaan supaya boleh disalurkan ke arah yang betul boleh digunakan utk bantu org² yg memerlukan. tapi apa yang DSN dapat, tohmahan dan protes membabi buta rakyat² yang bodoh sebab taksub dan percaya fitnah bulat². penganjur bersih dan pemimpin² PH la perosak negara yang sebenarnya. mereka² inilah yang telah melacurkan sistem perundangan,politik,ekonomi dan penyatuan negara sebenarnya. bila mereka menjadi kerajaan tidak ada satu pun yang dapat mereka lakukan untuk kebaikan rakyat. bodoh.