TELUK KUMBAR – “Saya tidak mahu komen soal Menteri Besar Kedah, bagi saya dia Menteri Besar merapu.

Demikian respon Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kononnya Parti Amanah sedang dibuli oleh parti lain dalam Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai sokongan yang cukup membawa usul berkenaan ke sidang Parlimen, Mohamad berkata, beliau bersetuju dengan tindakan yang diutarakan itu.

“Kalau ada cukup bilangan untuk buat perubahan kita tak boleh buat apa-apa asalkan ikut Perlembagaan.

“Kalau tidak suka boleh hentam kita, boleh maki kita, lepas empat tahun boleh tukar tapi jangan tukar kerajaan tengah jalan, tak baik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, pihak yang ingin membawa usul tidak percaya tersebut ke Parlimen dilihat berdepan risiko yang mendedahkan mereka tidak mempunyai angka sokongan yang cukup.

“Mereka berisiko jika bawa usul itu kerana ia akan mendedahkan mereka tidak cukup jumlah seperti dinyatakan.

“Jadi kita cabar bawalah ke Parlimen, tunjukkanlah jangan cakap di luar saja,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. MERAPU…..
    nangis jer la….
    ayat ni Mat Sabu dah lupalah tu…
    ayat apa Mat Sabu kata kat UMNO masa kempen PRU13 PRU14 dan PRU15?
    Cuba tengok MUKA ZAHID HAMIDI tu..
    ketat ke longgar?
    ok goodbye Zahid Hamidi

  2. PN pelukan lebih ramai lagi pemimpin seperti MB Kedah, punyai personaliti menarik, mesra rakyat dan punyai wawasan masa depan. Semakin lama rakyat semakin sayang.

Comments are closed.