SEREMBAN – Kerajaan Perpaduan tidak akan membenarkan mana-mana pemimpin politik atau penjawat awam ‘sakau’ atau menyeleweng duit rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendirian itu membezakan pentadbirannya dengan kerajaan terdahulu.
“Kalau ada kita humban mereka di penjara.
“Ini satu kelainan. Soal lawan rasuah ini semua orang kumandangkan tetapi inilah kerajaan yang ambil tindakan cukup tegas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani, di sini, hari ini.
Anwar memberitahu, atas sebab itu, beliau sentiasa memberi penekanan tentang kepentingan menjaga tata kelola dan jangan mengamalkan rasuah.
“Sebab kalau ambil projek jadi kurang rakyat tak dapat habuan salah kita apa?
“Semua arahan kita tender teratur, jangan ambil apa-apa komisyen, tidak ada tanah, tidak ada saham, tidak ada balak kita ambil ini kita pegang rekod sampai sekarang,” jelasnya.
Anwar juga kesal kerana pihak tertentu masih menuduh beliau tidak menjaga kepentingan orang Melayu walaupun pentadbirannya komited berbuat demikian melalui usaha memerangi rasuah. – MalaysiaGazette
ANWAR ANWAR
sedap mulut je sebut SAKAU…
ini majlis Hariraya
ini bukan ULANG KEMPEN PRU15
jangan KUAT-KUAT sebut SAKAU
Wak President Welanon menjeling tu…
mendidih darahnya…
goodbye Zahid… 126 tu…