anwar the untold story
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri acara pratayang filem berjudul ‘Anwar, The Untold Story’ di Pawagam Dadi, Pavilion, di sini, malam esok.

Penerbit filem berkenaan, Yusrych Global dalam kenyataan media hari ini berkata, tayangan akan bermula pada pukul 9 malam dan disusuli sidang media oleh Anwar selepas itu.

“Antara yang bakal hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan pengasas DMY Creation, Datuk Mohamed Yusoff,” katanya.

Tambahnya, selebriti-selebriti tempatan yang akan hadir ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Fauziah Ahmad Daud, Habsah Hassan, Datuk Yusof Haslam dan Datuk David Teo.

Filem yang dibintangi oleh pelakon Malaysia, Farid Kamil Zahari sebagai Anwar dan pelakon Indonesia, Acha Septriasa sebagai Wan Azizah itu akan ditayangkan kepada umum di pawagam-pawagam utama mulai 18 Mei ini.

‘Anwar, The Untold Story’ mengisahkan perjuangan Anwar yang konsisten memerangi gejala rasuah sehingga beliau dipenjarakan.

Berlatarkan tempoh sepanjang 1993 hingga 1998, filem tersebut memaparkan kisah Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast