Rafizi melayani tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pandan di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dinasihatkan agar tidak terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan pembangkang terutama dalam isu berkaitan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR).

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau ada memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut serta memberikan nasihat kepadanya.

“Sebagai wakil rakyat kerajaan, kita dengar pandangan dia. Tapi, saya ada nasihatkan dia juga, lebih baik dia boleh call terus, boleh call terus kepada PM (Perdana Menteri).

“Dan kami dah berikan penjelasan kepada dia. Saya ingat lepas berikan penjelasan dia tak buat kenyataan tapi dia buat juga.

“Jadi, saya dah maklumkan pada dia bahawa jangan hanya terikut-ikut dengan rentak yang kadang-kadang dimainkan oleh pembangkang,” katanya kepada media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pandan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi memberitahu, beliau faham bahawa segala apa yang dibangkitkan sama ada daripada pembangkang mahupun kerajaan dilihat masing-masing membawa kepada isu rakyat.

Kataya, Hassan mempunyai hak untuk berkata demikian, namun beliau perlu ingat bahawa kawalan dan prinsip untuk memastikan “kuasa cetak duit” dan pinjam duit yang banyak tidak wajar diletakkan kepada menteri semata-mata.

“Itu bila kadar faedah ini kerajaan tidak campur tangan dan menghormati kebebasan, ada makna.

“Maknanya menteri tidak memberi kuasa kepada kerajaan untuk meminjam wang seberapa banyak,” ujarnya.

Dengan memberikan contoh, Rafizi berkata, jika pihaknya yang mengawal faedah dan pinjaman dibuat satu peratus ia akan memberikan kesan mudarat pada jangka masa panjang.

“Sekarang ini, Bank Negara Malaysia (BNM) bila naikkan kadar faedah, maksudnya kerajaan pun tak boleh sesuka hati pinjam duit dan meninggalkan hutang kerana dia lebih mahal sekarang.

“Jadi, prinsip kebebasan itu, supaya ada timbang tara di antara kerajaan yang membelanjakan wang dengan BNM yang mengawal aliran wang jangka masa panjang bagi memastikan bahawa pinjaman itu tidak keterlaluan dalam memastikan rakyat dan kerajaan tidak berbelanja berlebihan daripada mencukupi.

“Prinsip itu yang akan saya pertahankan dan saya rasa Ahli Parlimen Pasir Gudang telah mendapat penjelasan panjang lebar mengenai perkara itu. Pilihan dia untuk terus pergi ke media, itu saya ingat pilihan politik dia,” ujarnya.

Ditanya sama ada tindakan akan dikenakan terhadap Hassan kerana membuat kenyataan terbuka di media sosialnya hingga mendapat perhatian banyak pihak, Rafizi berkata, tidak, kerana menghormati semua

“Macam saya sebut, media tanya saya jawab, pembangkang tanya saya jawab,

“Sebab saya yakin, dalam sedikit masa akan datang, apabila kayu ukur seperti Inflasi makin kurang, mula tumpu kepada dasar-dasar untuk sasaran kenaikan gaji, maka, rakyat secara keseluruhan akan faham,” jelasnya.

Semalam, Hassan menerusi catatan di Facebook menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi menjelaskan kepada rakyat mengenai kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus seperti diumumkan BNM baru-baru ini.

Hassan berkata, ini kerana beliau tidak mahu rakyat yang tidak berpuas hati “menempelak” kerajaan berhubung perkara itu pada pilihan raya di enam negeri akan datang.

Katanya, golongan berpendapatan sederhana (M40) dan berpendapatan rendah (B4), yang merupakan 80 peratus daripada penduduk negara ini paling terkesan dengan kenaikan OPR. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Hassan kena dengar nasihat menteri ni. OPR ni hadiah Aidilfitri kerajaan DAP/PKR kepada rakyat?

    Bila rakyat ok ok tak bersuara bermakna mereka redho?

    Ini pandangan peribadi natizen sahaja.

  2. Katakan sebab OPR naik kena tambah extra RM100 bayaran rumah sebulan x 12 x 25 tahun baki pinjaman, baru tambah RM30,000.00 je hutang tambahan.

    Bila rakyat tak bantah makna mereka ok ok dan mungkin redho dengan tambahan hutang RM30,000 tu?
    Ini andaian natizen sahaja!

    • OPR balik ke paras asal sebelum COVID la bahalol… tak de bertambahnya hutang kau tu…

Comments are closed.