Foto Facebook Penang FA.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Petaling Jaya (PJ) City FC, B. Tinagaran menghembuskan nafas terakhir selepas difahamkan mengalami kanser tulang.

Dia yang juga merupakan salah seorang daripada skuad Piala Presiden Pulau Pinang sebelum ini beraksi bersama kelab Lembah Klang itu dari 2014 hingga 2019.

“Pihak Persatuan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Mendiang B. Thinagaran yang baru menghembuskan nafas terakhir beliau hari ini

“Dia merupakan bekas pemain pasukan Piala Presiden Pulau Pinang sebelum berhijrah ke pasukan yang lain,” tulis Penang FA dalam satu kenyataan.

Tinagaran yang beraksi sebagai pemain pertahanan tengah itu juga pernah beberapa kali diberikan kepercayaan untuk memakai lilitan tangan kapten. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast