judi tanah rizab Melayu agus kelantan air sagu hati AKSB
Mohamad Kamal Mohamed

KUALA LUMPUR – Isu gangguan bekalan air yang berpanjangan di Kelantan didakwa berpunca daripada tindakan kerajaan Persekutuan menarik balik peruntukan projek Bekalan Air Kelantan Utara (BAKU) pada 1990.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Mohamad Kamal Mohamed berkata, bantuan-bantuan lain untuk Kelantan turut disekat dan amalan itu diteruskan sehingga kini.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff menggunakan pelbagai kaedah mendapatkan air adalah contoh kebijaksanaan dan kesungguhan pemimpin Pas dalam membantu rakyat.

“Tentera siber Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu meloncat di dahan yang rapuh dalam isu ini, dikhuatiri jatuh bersekali pokok.

“Memperkecil usaha pimpinan negeri membantu rakyat ditindas kerajaan Persekutuan yang terus-terusan berdendam politik adalah langkah sadis yang memualkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Siti Zailah dikecam pelbagai pihak kerana didakwa menyalahgunakan kemudahan pili bomba bagi mendapatkan bekalan air untuk orang ramai di Rantau Panjang dalam situasi kemarau ketika ini.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan tersebut kerana bekalan air itu merupakan saliran daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan telah mendapat kebenaran syarikat terbabit.

Siti Zailah menyatakan, kerja-kerja menyediakan bekalan air itu mendapat kerjasama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang bagi memenuhi keperluan rakyat dengan segera. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. fikir gunakan otak jgn fikir gunakan otak2 (yg dimakan) KLU asyik dok salah org lain tak salahkan diri sendiri ibarat kata sama spt otok UDANG.

  2. Aduhaii.. lebai.. senang keje nampak.. sape yg menjadi kerajaan kat negeri tu?

Comments are closed.