Mohd Puad Zarkashi Najib dibebaskan pas kingmaker Muhyiddin wang RCI Tommy Puad Nazlan DAP takut sanusi the untold story Anwar UMNO
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berharap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat filem seperti ‘Anwar: The Untold Story’.

Beliau mencadangkan filem tersebut diberi tajuk ‘Muhyiddin: The Untold Story’.

“Banyak yang rakyat ingin tahu. Contoh, macam mana Bersatu banyak duit masa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd Puad menambah, kisah Muhyiddin lebih menarik jika didedahkan bagaimana beliau mengubah watak dengan cepat daripada Dr Jekyll kepada Mr Hyde.

Beliau mendakwa, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong tahu sandiwara Muhyiddin.

“Hipokrasi Muhyiddin ialah bila Bersatu kalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. Dia merancang jadi Perdana Menteri kelapan dan singkir Anwar.

“Elok Chin Tong jadi penulis skrip untold story Muhyiddin. Mesti pecah panggung,” jelasnya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. suruh buat wayang la pulak.
    Pokcik Puad dan UMNO lebih yakin percaya PASRAH dengan DAP.
    apa cer DAP depan batang hidung siap TUNJAL KEPALA lagi kata UMNO Penyamun… ehhh silap sorry yerk..
    DAP kata:
    Zahid BAPA PEROMPAK PENYAMUN
    Najib BAPA LANUN PENYAMUN
    UMNO University Pakar PENJENAYAH
    Pokcik dan Khalid Nordin tak nak masuk slot ke?
    ajaklah Ahmad Maslan Lokman Adam Hisham Jalil PUNGUT DANA terbitkan filem..
    bagi DAP uruskan… kan DAP itu TELUS…
    filem ni boleh PECAH PANGGUNG PECAH PUNGGUNG pastinya seumur budak tadika pun berminat. jika siap ticket RM1K pun aq sanggup beli.
    kan kan kan

  2. selepas Anwar pokcik Fuad boleh ikut buat filem kuda kepang kisah hidup si tua yang hamir pupus

  3. haha.. 2 ekor berok Pn yg sama komen. Mesti tengah koyak rabak dan sakit hati dgn parti umno tu. takebeer..

Comments are closed.