Azam Baki.

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini memaklumkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRTM) Tan Sri Azam Baki dilantik semula ke jawatan beliau.

Menurut sepucuk surat daripada Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN), lantikan semula semala setahun itu berkuatkuasa mulai Jumaat ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tempoh satu (1) tahun berkuat kuasa mulai 12 Mei,” kata KSN, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Seksyen 5 (1) Akta SPRM 2009.

Beliau sudah berkhidmat dengan SPRM selama 36 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast